AGENDA

MetMalaysia: Amaran hujan lebat sekitar Lembah Klang hingga 1 pagi

18 Feb 2025, 3:04 PM
MetMalaysia: Amaran hujan lebat sekitar Lembah Klang hingga 1 pagi
MetMalaysia: Amaran hujan lebat sekitar Lembah Klang hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 18 FEB: Lima daerah di negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 1 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sama di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Negeri Sembilan dan Melaka.

Beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah juga dijangka alami cuaca sama.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.