AGENDA

Hampir semua daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 8 malam

15 Feb 2025, 10:32 AM
Hampir semua daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 8 malam
Hampir semua daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 8 malam

SHAH ALAM, 15 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 8 malam ini.

Agensi itu memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Kuala Lumpur selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang dan Johor.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.