ad
AGENDA

Amaran hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 7 malam

8 Jan 2025, 8:26 AM
Amaran hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 7 malam
Amaran hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 7 malam

SHAH ALAM, 8 JAN: Daerah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal alami hujan lebat sehingga 7 malam ini, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu di Facebook memaklumkan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, beberapa daerah di Perak, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah dijangka alami keadaan sama.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.