AGENDA

Hujan lebat diramal landa empat daerah di Selangor, Putrajaya hingga 9 malam

4 Jan 2025, 10:08 AM
Hujan lebat diramal landa empat daerah di Selangor, Putrajaya hingga 9 malam
Hujan lebat diramal landa empat daerah di Selangor, Putrajaya hingga 9 malam

SHAH ALAM, 4 JAN: Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 9 malam ini, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu di Facebook memaklumkan Putrajaya, Labuan dan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak serta Sabah dijangka alami keadaan sama.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.