AGENDA

MetMalaysia: Klang antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 9 pagi

2 Jan 2025, 11:30 PM
MetMalaysia: Klang antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 9 pagi
MetMalaysia: Klang antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 9 pagi

SHAH ALAM, 3 JAN: Empat daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat diramal hujan lebat hingga 9 pagi ini, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu di Facebook memaklumkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah dijangka alami keadaan sama.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.