AGENDA

Amaran hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 11 malam

23 Dis 2024, 1:27 PM
Amaran hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 11 malam
Amaran hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 11 malam

SHAH ALAM, 23 DIS: Hujan lebat diramal melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang hingga 11 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.