PBT

Lebih 500 pengunjung meriahkan program Komuniti Madani MPAJ

21 Dis 2024, 12:33 PM
Lebih 500 pengunjung meriahkan program Komuniti Madani MPAJ
Lebih 500 pengunjung meriahkan program Komuniti Madani MPAJ
Lebih 500 pengunjung meriahkan program Komuniti Madani MPAJ

AMPANG JAYA, 21 DIS: Kira-kira 500 pengunjung memeriahkan Program Komuniti Madani Sempena Hari Kanak-kanak, Hari Orang Kurang Upaya (OKU) dan Hari Warga Emas Majis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Berlangsung dari 7.30 pagi hingga 1 tengah hari di pekarangan Pusat Konvensyen MPAJ di sini hari ini, Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad berkata pelbagai aktiviti menarik diadakan meliputi pendidikan, kerohanian, kesihatan, ekonomi dan kebudayaan.

“Acara ini dianjurkan sejak dua tahun lalu tetapi lokasi ini merupakan kali pertama bertujuan merai dan menghargai kanak-kanak, golongan OKU dan warga emas di kawasan pentadbiran Ampang Jaya.

“Program ini juga bertujuan memupuk sikap prihatin, empati dan sokongan dalam kalangan masyarakat terhadap golongan tersebut selain menggalakkan amalan gaya hidup sihat,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Komuniti Madani Sempena Hari Kanak-kanak, Hari OKU dan Hari Warga Emas MPAJ di sini hari ini.

[caption id="attachment_678797" align="aligncenter" width="976"] Antara aktiviti melibatkan kanak-kanak dalam Program Komuniti Sempena Hari kanak-Kanak, Hari OKU dan Hari Warga Emas MPAJ 2024 di Taman Melawati, Ampang pada 21 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Pelbagai acara diadakan antaranya zumba; jalan santai warga emas, pertandingan mewarna, deko hasil kebun, musang berjanggut dan Ampang Jaya kids talent.

Selain itu, turut diadakan pemeriksaan kesihatan kanak-kanak dan OKU, taklimat kesedaran barah prostat serta perkongsian kaedah penjagaan anak autisme dan disleksia serta jualan kraf tangan yang dihasilkan OKU.

Program Komuniti Madani turut dijayakan dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP), Penggerak Belia Selangor (PeBS), Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (Suka), KPJ Ampang Puteri, Hospital Ampang dan Jabatan Pertanian.

[caption id="attachment_678798" align="aligncenter" width="1234"] Antara aktiviti dalam Program Komuniti Sempena Hari kanak-Kanak, Hari OKU dan Hari Warga Emas MPAJ 2024 di Taman Melawati, Ampang pada 21 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]