AGENDA

Hampir semua daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 6 petang

18 Dis 2024, 7:37 AM
Hampir semua daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 6 petang
Hampir semua daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 18 DIS: Lapan daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 6 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, seluruh Negeri Sembilan, Melaka, beberapa Kawasan di Johor dan Sarawak.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.