ad
AGENDA

MetMalaysia: Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 9 malam

12 Dis 2024, 10:50 AM
MetMalaysia: Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 9 malam
MetMalaysia: Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 12 DIS: Hulu Selangor, beberapa daerah di Negeri Sembilan dan Johor diramal hujan lebat hingga 9 malam, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sarawak, Sabah dan seluruh Labuan dijangka alami keadaan sama.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.