SHAH ALAM, 10 DIS: Selangor sedang merangka pelan tindakan dasar ekonomi kreatif sebagai inisiatif membantu penggiat seni dalam menjana pendapatan.
EXCO keusahawan berkata langkah itu sebagai segmen baharu terutama kepada golongan usahawan muda selain mampu menjadi cabang baharu industri ekonomi.
“Sekarang kita lihat usahawan kreatif kita terhad. Seperti komposer, pelukis, pengarah teater. Jadi kena ada benda baharu untuk lonjakkan lagi usaha mereka.
[caption id="attachment_677217" align="aligncenter" width="1215"] EXCO Keusahawanan Najwan Halimi berucap merasmikan Konvensyen PROTUNe 2024 di Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam pada 10 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Ini juga merupakan perkembangan baharu dan dapat melengkapkan ekosistem perniagaan negeri,” kata Najwan Halimi berucap di Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2024 hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata pembangunan industri kreatif itu inspirasi lawatan ke beberapa negara maju.
“Di sana, penggiat seni mendapat permintaan tinggi malah kerajaan mereka yang mencari golongan ini tetapi di sini kita kena bantu dan sokong mereka,” katanya.
[caption id="attachment_677218" align="aligncenter" width="1228"] EXCO Keusahawanan Najwan Halimi (tengah) merasmikan Konvensyen PROTUNe 2024 di Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam pada 10 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]