AGENDA

Amaran hujan lebat, ribut petir banyak tempat di Selangor hingga 4 petang

16 Nov 2024, 5:10 AM
Amaran hujan lebat, ribut petir banyak tempat di Selangor hingga 4 petang
Amaran hujan lebat, ribut petir banyak tempat di Selangor hingga 4 petang

SHAH ALAM, 16 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang sehingga 4 petang ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama diramal berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, seluruh Negeri Sembilan, Melaka, Johor, beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.