SELANGOR

Negeri julung kali anjur festival kopi, peluang barista bersaing

15 Nov 2024, 10:27 AM
Negeri julung kali anjur festival kopi, peluang barista bersaing

SHAH ALAM, 15 NOV: Buat julung kalinya, Kerajaan Negeri akan menganjurkan Festival Kopi Selangor tahun depan bagi mengorak langkah sebagai pemain dalam dunia kopi.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pesta berkenaan memberi peluang lebih ramai barista bersaing dan meneroka industri kopi dengan peruntukan RM1 juta.

"Dengan membawa tema Asean serta mengambil peluang kepengerusian Asean oleh Malaysia, dan mengambil iktibar pesta kopi terkenal seperti London Coffee Festival dan Nordic Coffee Fest, Kerajaan Negeri akan menganjur festival kopi buat julung kalinya pada 2025.

"Ia akan menjadi tapak untuk barista membangun, ruang untuk meneroka industri kopi disamping menganjur Asean Barista Championships sebagai peluang untuk barista bersaing dengan pakar dunia kopi di Asia Tenggara," katanya membentangkan Belanjawan Negeri 2025.

Tahun lalu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengadakan fiesta kopi sempena Ekspo Usahawan Selangor 2023 (SELBIZ 2023) khas untuk peminat minuman berkafein itu.