AGENDA

Amaran hujan lebat lima daerah di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 6 petang

11 Nov 2024, 7:30 AM
Amaran hujan lebat lima daerah di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 6 petang
Amaran hujan lebat lima daerah di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 6 petang

SHAH ALAM, 11 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir, angin kencang melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang sehingga 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia, keadaan sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Melaka, beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.