SHAH ALAM, 22 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) giat melaksanakan operasi pembersihan parit erong bagi mengelak berlaku kejadian banjir kilat.
Datuk bandarnya berkata antara kawasan tumpuan adalah di Jalan Kebun, Taman Sri Muda dan sekitar stadium yang sering berisiko banjir jika berlaku hujan lebat.
“Parit erong adalah laluan air di tepi-tepi jalan milik majlis yang berfungsi membawa air ke longkang besar. Punca parit erong ini tersumbat kerana daun, sampah serta sisa-sisa binaan.
“Oleh itu, kita fokus kerja pembersihan di parit erong tersumbat khususnya di jajaran utama dinaiki air dengan menggerakkan Jabatan Kejuruteraan dan Sisa Pepejal,” kata Dato' Mohd Fauzi Mohd Yatim pada program serahan sumbangan Deepavali di Dewan Bunga Kertas,TTDI Jaya di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya sentiasa mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Kerja Raya bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung Monsun Timur Laut.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi meramal Monsun Timur Laut bermula November sehingga Mac tahun depan dengan jangkaan empat hingga enam episod hujan lebat berterusan sepanjang tempoh itu.
Selangor turut dijangka berdepan fenomena air pasang besar tertinggi tahun ini bermula 18 Oktober lalu dengan jangkaan bacaan paras air laut 5.8 meter.
[caption id="attachment_669432" align="aligncenter" width="700"] Jabatan Kebersihan Awan dan Kelestarian Sisa serta Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksana operasi pembersihan parit erong bagi mengelak berlakunya kejadian banjir kilat di sekitar Seksyen 17 Shah Alam pada 18 Oktober 2024. Foto Facebook MBSA[/caption]
[caption id="attachment_669435" align="aligncenter" width="700"] Jabatan Kebersihan Awan dan Kelestarian Sisa serta Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksana operasi pembersihan parit erong bagi mengelak berlakunya kejadian banjir kilat di sekitar Seksyen 18 Shah Alam pada 18 Oktober 2024. Foto Facebook MBSA[/caption]