PBT

MBSA buka kaunter derma baju sejuk, bantu pelarian Syria di Lubnan

15 Okt 2024, 10:30 AM
MBSA buka kaunter derma baju sejuk, bantu pelarian Syria di Lubnan

SHAH ALAM, 15 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka pusat pengumpulan pakaian musim sejuk mulai 23 Oktober di Dewan Melati, Seksyen 7, di sini.

Projek 'Warm Their Winter' yang berlangsung hingga 27 Oktober bertujuan mengumpulkan pakaian membantu pelarian Syria di Lubnan yang berdepan musim sejuk.

Orang ramai juga dialu-alukan untuk menderma menerusi Tabung ‘Warm Their Winter’ di akaun Maybank 550514240333.

“Ayuh, kumpulkan pakaian musim sejuk bersama keluarga dan rakan-rakan serta bantu cukupkan dana yang diperlukan,” tulisnya di Facebook.

Senarai pakaian musim sejuk yang diterima adalah seperti berikut:

  • baju sejuk
  • baju lengan panjang
  • selimut tebal
  • mafla
  • jaket
  • jeans
  • topi salji
  • kasut but
  • stokin tebal

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 013-971 5901 (Fayyadh) atau 011-1136 2567 (Fazli).

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.