AGENDA

Hujan lebat, ribut petir diramal landa Sepang hingga 2 petang

8 Okt 2024, 3:57 AM
Hujan lebat, ribut petir diramal landa Sepang hingga 2 petang
Hujan lebat, ribut petir diramal landa Sepang hingga 2 petang

SHAH ALAM, 8 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sepang sehingga 2 petang hari ini.

Amaran hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka berlaku di beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan Johor.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.