ad
SELANGOR

Ibu lahir anak ketujuh rasai pengalaman berpantang di PPS

4 Okt 2024, 12:18 PM
Ibu lahir anak ketujuh rasai pengalaman berpantang di PPS
Ibu lahir anak ketujuh rasai pengalaman berpantang di PPS
Ibu lahir anak ketujuh rasai pengalaman berpantang di PPS

SHAH ALAM, 4 OKT: Pengalaman seorang ibu menghabiskan baki pantang bersalin di pusat pemindahan sementara (PPS) merupakan kenangan yang tidak akan dilupakan.

Mariam Yahya, 34, mengakui sedih dengan kejadian banjir yang melanda rumahnya tambahan pula dirinya memasuki hari ke-30 berpantang.

“Sedih memang sedih tetapi apakan daya mungkin semua ini ujian buat kami semua. Memang agak sukar kerana masih berpantang tetapi Alhamdulillah tiga hari di sini fasiliti semua lengkap.

“Ketika kejadian air naik sangat cepat, kami sempat selamatkan dokumen penting dan pakaian sekolah anak-anak sahaja,” kata ibu tujuh anak itu.

Mariam yang ditemui di PPS MBSA Seri Pagi, Paya Jaras di sini turut mengakui musibah sudah dua kali berlaku tahun ini.

[caption id="attachment_666397" align="alignnone" width="821"] EXCO Pengurusan Bencana Mohd Najwan Halimi mendengar taklimat dari Pejabat Daerah dan Tanah Petaling di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan MBSA Seri Pagi Paya Jaras, U19 Sungai Buloh pada 4 Oktober 2024. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

“Saya harap Kerajaan Negeri dapat kaji penyelesaian banjir di kawasan kami kerana ini bukan kali pertama berlaku, boleh kata setiap kali hujan lebat berterusan air pasti naik,” katanya.

Terdahulu, EXCO Pengurusan Bencana Najwan Halimi meninjau PPS berkenaan pagi tadi yang menempatkan seramai 101 mangsa daripada 26 keluarga selain menyalurkan bantuan kecemasan RM1,000.

[caption id="attachment_666440" align="alignleft" width="345"] Faridah Sansurin[/caption]

Seorang lagi mangsa, Faridah Sansurin, 39, turut mengakui perkara sama dan berharap ada bantuan daripada pihak berkaitan kepada mangsa yang terjejas.

“Ketika kejadian saya sekeluarga tiada di rumah, sampai sahaja di rumah kami dapati air sudah pun memasuki kediaman. Satu barangan pun tidak sempat diselamatkan kerana kami bergegas ke PPS dan selamatkan kereta.

“Saya anggarkan kerugian mungkin lebih RM30,000 sebab peti ais, televisyen, mesin basuh dan perabot lain semua habis musnah,” katanya yang baru sahaja balik ke rumahnya selepas air surut.

Setakat malam tadi, sejumlah 1,968 mangsa melibatkan 480 keluarga dipindahkan ke enam PPS berikutan banjir di Petaling, Gombak dan Kuala Selangor.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meminta semua pihak bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan banjir berikutan Selangor ketika ini mengalami fasa peralihan Monsun Timur Laut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.