ad
ADN

DUN Rawang agih RM50,000 bina dapur, tandas baharu di surau

4 Okt 2024, 4:24 AM
DUN Rawang agih RM50,000 bina dapur, tandas baharu di surau

SHAH ALAM, 4 OKT: Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang memperuntuk RM50,000 untuk membesar dan menambah kemudahan di Surau Al-Ikhlas, Saujana Rawang.

Wakil rakyatnya Chua Wei Kiat berkata projek melibatkan pembinaan dapur dan tandas baharu itu bagi keselesaan jemaah untuk beribadat dan melakukan aktiviti berkaitan.

“Tahun ini, saya peruntuk RM50,000 untuk projek pembesaran Surau Al-Ikhlas, Saujana Rawang supaya jemaah mempunyai ruang mencukupi untuk menunaikan solat serta menjalankan aktiviti di surau.

“Projek ini dimulakan pada September dan dijangka siap akhir tahun ini,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, Wei Kiat memaklumkan pelbagai insiatif dilaksana bagi meningkatkan keselesaan masyarakat, termasuk menyediakan kaunter perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, kaunter JKM yang dibuka sebulan sekali di PKM DUN Rawang menawarkan perkhidmatan berkaitan permohonan atau penerangan bantuan JKM yang dikendalikan pegawai agensi itu sendiri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.