ad
ADN

Manfaat ujian kesihatan percuma di Rawang pada 13 Oktober

24 Sep 2024, 3:30 AM
Manfaat ujian kesihatan percuma di Rawang pada 13 Oktober
Manfaat ujian kesihatan percuma di Rawang pada 13 Oktober

SHAH ALAM, 24 SEPT: Orang ramai dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma di Dewan Teratai Batu 17, Rawang pada 13 Oktober, mulai 9 pagi hingga 3 petang.

Wakil rakyat Rawang Chua Wei Kiat berkata inisiatif Selangor Saring menyediakan pemeriksaan jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, barah, mata, telinga dan gigi.

“Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program saringan kesihatan di kawasan Rawang.

“Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma bagi pemeriksaan fizikal, darah, urin, barah, mata, gigi dan lain-lain,” katanya di Facebook.

Beliau turut menggalakkan orang ramai mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) semudah empat langkah berikut:

  • memuat turun SELangkah
  • tekan butang Selangor Saring
  • isi borang soal selidik
  • Pilih lokasi dan tarikh program

Katanya, saringan ditawarkan mengikut faktor risiko individu dalam borang saringan awal di SELangkah dan hubungi Selcare di talian 1800226600 jika berdepan masalah pendaftaran.

Belanjawan Selangor 2024 memperuntuk RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berperingkat.

Sebelum ini, saringan kesihatan percuma itu diadakan di beberapa kawasan antaranya Paya Jaras, Dengkil, Sungai Tua, Batu Tiga dan Pandamaran.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.