ad
ADN

Wakil rakyat DUN Rawang agih 10 lembu, kambing sempena Aidiladha

11 Jun 2024, 12:00 PM
Wakil rakyat DUN Rawang agih 10 lembu, kambing sempena Aidiladha

SHAH ALAM, 11 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang mengagihkan 10 ekor lembu dan kambing bagi sumbangan korban tahun ini.

Wakil rakyatnya Chua Wei Kiat berkata sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha itu akan diberi kepada masjid, surau dan fakir miskin.

"Setakat ini kita sudah berikan empat ekor lembu kepada masjid dan surau terpilih dalam DUN Rawang.

"Bakinya pula masih dalam penelitian untuk diberi kepada umat Islam fakir miskin yang benar-benar layak," katanya kepada Selangorkini.

Sempena Aidiladha tahun ini, negeri memperuntuk RM6 juta bagi ibadah korban, membabitkan 1,000 kambing dan 700 lembu yang diagih kepada wakil rakyat, masjid, surau dan badan bukan kerajaan (NGO).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.