AGENDA

Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat, ribut petir hingga 8 malam

23 Sep 2024, 10:33 AM
Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat, ribut petir hingga 8 malam
Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat, ribut petir hingga 8 malam

SHAH ALAM, 23 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 8 malam ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di Perlis, Labuan, Pulau Pinang dan Perak.

Cuaca sama juga diramal berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.