SELAYANG, 22 SEPT: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memperuntuk hampir RM500,000 sepanjang tahun ini bagi membangun kemudahan infrastruktur di semua kawasan geotaman di bawah pentadbirannya.
Timbalan Yang Dipertuanya Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata inisiatif itu adalah bertujuan meningkatkan lagi kemajuan industri pelancongan negeri sekaligus persediaan menuju Tahun Melawat Selangor 2025.
“MPS memperuntuk hampir RM500,000 bangunkan kemudahan asas di semua geotaman contohnya di Batu Arang dengan membina tandas awam, parkir, memasang lampu untuk kemudahan pelancong tempatan dan antarabangsa.
“Ini adalah antara usaha dalam menyediakan kemudahan kondusif kepada pelancong selain bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Tourism Selangor untuk mempromosi geotaman,” katanya.
[caption id="attachment_664558" align="aligncenter" width="700"]
Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Adi Faizal Ahmad Tarmizi menyampaikan ucapan ketika Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian hadiah Kejohanan ke-9 Kundang Jet Sports Geopark 2024 di Tasik Biru Kundang, Selayang pada 22 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Beliau ditemui selepas merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah Kejohanan Kundang Jet Sport Geopark ke-9 2024 di Tasik Biru Kundang, Rawang di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan kejohanan yang mempertanding enam kategori itu amat bermakna kerana dilaksana semula selepas kali terakhir dianjurkan pada 2016.
“Kejohanan jet ski ini adalah permulaan kepada penganjuran aktiviti lain bakal dilaksana pada masa akan datang khususnya di Tasik Biru Kundang yang sememangnya popular dengan sukan air.
“Selain mempromosi acara sukan air ini juga memberi kesan positif kepada peniaga kecil dan usahawan kerana dapat meningkatkan ekonomi setempat,” katanya.
[caption id="attachment_664559" align="aligncenter" width="700"]
Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Adi Faizal Ahmad Tarmizi bergambar bersama pemenang peserta jetski kategori runabout 4-stroke open ketika Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian hadiah Kejohanan ke-9 Kundang Jet Sports Geopark 2024 di Tasik Biru Kundang, Selayang pada 22 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_664575" align="aligncenter" width="700"]
Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Adi Faizal Ahmad Tarmizi menyampaikan trofi tempat pertama bagi kategori runabout 4-stroke open ketika Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian hadiah Kejohanan ke-9 Kundang Jet Sports Geopark 2024 di Tasik Biru Kundang, Selayang pada 22 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_664560" align="aligncenter" width="700"]
Peserta acara sukan air jetski melihat paparan keputusan semasa ketika Kejohanan ke-9 Kundang Jet Sports Geopark 2024 di Tasik Biru Kundang, Selayang pada 22 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_664563" align="aligncenter" width="700"]
Peserta acara sukan air jetski, Bryan Chia meraikan kemenangannya dalam katogeri runabout 4-stroke open ketika Kejohanan ke-9 Kundang Jet Sports Geopark 2024 di Tasik Biru Kundang, Selayang pada 22 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_664561" align="aligncenter" width="700"]
Peserta acara sukan air jetski katogeri runabout 4-stroke open beraksi ketika Kejohanan ke-9 Kundang Jet Sports Geopark 2024 di Tasik Biru Kundang, Selayang pada 22 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_664562" align="aligncenter" width="700"]
Peserta acara sukan air jetski katogeri runabout 4-stroke open beraksi ketika Kejohanan ke-9 Kundang Jet Sports Geopark 2024 di Tasik Biru Kundang, Selayang pada 22 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_664577" align="aligncenter" width="700"]
Peserta acara sukan air jetski katogeri runabout 4-stroke open beraksi ketika Kejohanan ke-9 Kundang Jet Sports Geopark 2024 di Tasik Biru Kundang, Selayang pada 22 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]


