Selangor perluas program kebudayaan, tarik penyertaan generasi muda

25 Okt 2026, 12:00 PM
Selangor perluas program kebudayaan, tarik penyertaan generasi muda
Selangor perluas program kebudayaan, tarik penyertaan generasi muda
Selangor perluas program kebudayaan, tarik penyertaan generasi muda

SHAH ALAM, 25 OKT: Kerajaan Selangor akan memperkukuh kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memperluas penganjuran program kesenian dan kebudayaan, khususnya yang melibatkan generasi muda.

EXCO Perumahan dan Kebudayaan, Datuk Borhan Aman Shah berkata, usaha menerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan itu bertujuan memelihara seni dan warisan budaya, selain memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan akan terus memperkukuh kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memperluas penganjuran program kebudayaan yang mendekati masyarakat serta memupuk perpaduan dalam kepelbagaian,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Borhan berkata, antara usaha berkenaan ialah penganjuran Malam Kebudayaan sempena Fantasia Food Fest @ MPAJ 2026 di Laman Rekreasi, Tasik Tambahan, Ampang yang dirasmikannya semalam.

Program anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) itu turut menampilkan Pertandingan Tarian Terbuka Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah membabitkan 20 kumpulan dalam kategori Tarian Irama Malaysia dan Silat Tari.

Beliau turut memuji komitmen MPAJ dalam memperkasakan aktiviti kebudayaan melalui kerjasama dengan sekolah, sekali gus menggalakkan penyertaan generasi muda bagi memastikan warisan seni terus terpelihara.

Menurutnya, usaha itu wajar diteruskan bagi menyemarakkan kecintaan masyarakat terhadap seni dan warisan budaya, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.