SHAH ALAM, 12 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut petir melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga 10 pagi.
Agensi itu memaklumkan menerusi Facebook, cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Labuan.
Keadaan sama diramal berlaku di beberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih



