AGENDA

Tujuh daerah di Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 2 petang

10 Sep 2024, 4:50 AM
Tujuh daerah di Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 2 petang
Tujuh daerah di Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 2 petang

SHAH ALAM, 10 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut petir melanda Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang hingga 2 petang.

Agensi itu memaklumkan menerusi Facebook, cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang.

Cuaca buruk turut diramal melanda beberapa daerah di Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) serta Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.