AGENDA

Amaran ribut petir di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat hingga 7 malam

8 Sep 2024, 9:22 AM
Amaran ribut petir di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat hingga 7 malam
Amaran ribut petir di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 8 SEPT: Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda Hulu Selangor, Gombak serta Hulu Langat sehingga 7 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) cuaca sama dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Johor dan beberapa kawasan di Perak, Pahang serta Negeri Sembilan.

Tambah agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.