SHAH ALAM, 3 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memasang tali penghadang di sekitar kawasan Tasik Seksyen 7, di sini susulan laporan kemunculan seekor buaya di tasik itu.
Pihak berkuasa tempatan itu juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati serta mengelak untuk beriadah di kawasan tersebut.
"Pemasangan tali penghadang sebagai langkah keselamatan. MBSA akan memantau keadaan dari semasa ke semasa.
“Jabatan Perhilitan Selangor juga akan meletakkan kain rentang peringatan di sekitar Tasik Seksyen 7 serta memasang perangkap bagi menangkap buaya tersebut," katanya menerusi kenyataan di Facebook.