Kelibat buaya dilihat di Pantai Bagan Lalang, orang ramai dinasihatkan berwaspada

26 Okt 2026, 1:51 AM

PUTRAJAYA, 26 OKT: Orang ramai khususnya pengunjung dan pelancong dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang aktiviti di persisiran Pantai Bagan Lalang susulan laporan mengenai haiwan dipercayai buaya di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai haiwan menyerupai buaya yang dilihat di pantai berkenaan lewat petang semalam.

Beliau berkata haiwan itu dilaporkan berada berhampiran sebuah pusat peranginan di Pantai Bagan Lalang.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak mengadakan aktiviti di persisiran Pantai Bagan Lalang, Sungai Pelek bagi keselamatan penduduk setempat dan pelancong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhizam berkata polis akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi menangani situasi itu serta mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan orang awam.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.