AGENDA

Gombak, Petaling antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 6 petang

18 Jun 2024, 8:03 AM
Gombak, Petaling antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 18 JUN: Empat daerah di Selangor iaitu Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 6 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, cuaca sama turut dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis dan beberapa daerah di Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.