AGENDA

Hulu Selangor diramal hujan lebat, ribut petir hingga 7 malam

18 Mei 2024, 9:13 AM
Hulu Selangor diramal hujan lebat, ribut petir hingga 7 malam
Hulu Selangor diramal hujan lebat, ribut petir hingga 7 malam

SHAH ALAM, 18 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan daerah Hulu Selangor dilanda ribut petir dan hujan lebat hingga 7 malam.

Agensi itu memaklumkan cuaca sama dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_643462" align="aligncenter" width="679"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]