SHAH ALAM, 17 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan daerah Hulu Selangor dilanda ribut petir dan hujan lebat hingga 9 malam.
Agensi itu memaklumkan cuaca sama dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_643317" align="aligncenter" width="669"]
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]


