ad
SELANGOR

Gangguan elektrik berperingkat di Jenjarum hingga Khamis

16 Apr 2024, 4:11 AM
Gangguan elektrik berperingkat di Jenjarum hingga Khamis
Gangguan elektrik berperingkat di Jenjarum hingga Khamis

SHAH ALAM, 16 APRIL: Sebanyak 30 kawasan di Jenjarum, Kuala Langat mengalami gangguan elektrik sementara secara berperingkat mulai hari ini sehingga Khamis.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan pihaknya sedang melaksanakan kerja henti tugas berjadual di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Pekan Jenjarum.

“Gangguan bekalan elektrik sementara selama 15 hingga 30 minit secara berperingkat akibat pemasangan dan penanggalan genset.

“Kerja-kerja ini akan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Kawasan terlibat seperti berikut:

1. Taman Desa

2. Kampung Baru Sungai Jarom

3. Taman Yayasan 5

4. Telok Panglima Garang

5. Jalan Raja Busu

6. Taman Makmur

7. Jaromas 1,4,5 & 6

8. Taman Kota

9. Econsave Jaromas

10. Simpang Kampung Jenjarom

11. Sekolah Menengah Jenjarom

12. Jalan Luhur 18

13. Jalan Abu Masmo

14. STP Jaromas

15. Taman Amanah 3

16. Stesen Suis Utama Jaromas

17. Ang Ken Seng

18. PDT Jalan Satria 6 & 58

19. CS Grow Max

20. Sin Kim Hin

21. TPG Industri Park 2

22. Sungai Rambai

23. Timber Top

24. No Problem

25. Peer Mark Properties

26. MTD Jalan Segenting

27. Kien Aik Realty Sdn Bhd

28. Fanta Asli

29. Taman Bersatu

30. Taman Desa Jarum 2

TNB menyeru pengguna melakukan persediaan awal bagi menghadapi gangguan bekalan untuk keselesaan mereka.

“Pihak TNB akan mengambil setiap langkah yang perlu dalam memastikan gangguan bekalan ini berlaku dalam tempoh paling minimum," katanya.

TNB turut menasihatkan pengguna supaya berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik terutamanya ketika berlakunya gangguan bekalan.

Hubungi TNB CareLine di talian 15454 atau Facebook TNB Careline dan Twitter @Tenaga_Nasional untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.