Oleh NAS NORZIELA NASBAH
SHAH ALAM, 20 MAC: Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang memperuntukkan RM36,400 untuk masjid dan surau di kawasan berkenaan, kata wakil rakyatnya.
Chua Wei Kiat berkata sumbangan yang disalurkan kepada lima masjid dan 33 surau itu adalah bagi aktiviti pengimarahan institusi itu sepanjang Ramadan.
“Sumbangan ini bagi menampung perbelanjaan dan pengurusan institusi terbabit termasuk kos program atau inisiatif bulan Ramadan. Kita tahu masjid dan surau adalah pusat keagamaan yang penting bagi masyarakat Islam di negara kita.
“Saya yakin dengan sumbangan yang diberikan ini dapat membantu menaik taraf nilai kehidupan mereka selain merapatkan silaturahim antara komuniti,” katanya menerusi Facebook.
[caption id="attachment_633931" align="aligncenter" width="853"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang Chua Wei Kiat (dua, kanan) menyerahkan sumbangan kepada masjid dan surau berjumlah RM36,400 pada program berbuka puasa dan penyampaian sumbangan di Dewan Orkid Kampung Melayu Batu 16, Rawang pada 17 Mac 2024. Foto Facebook Chua Wei Kiat[/caption]