ad
ADN

DUN Gombak Setia agih RM16,000 imarah program Ramadan tujuh surau

3 Apr 2023, 4:18 AM
DUN Gombak Setia agih RM16,000 imarah program Ramadan tujuh surau

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 3 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia mengagih RM16,000 kepada tujuh surau bagi program pengimarahan sepanjang Ramadan.

Penyelarasnya berkata surau terbabit tidak mendapat bantuan daripada Majlis Agama Islam Selangor kerana masih dalam proses pendaftaran.

"Jadi kita bantu juga melalui peruntukan pejabat penyelaras terutama kepada surau-surau kecil di kampung untuk sama-sama menyemarakkan lagi sambutan Ramadan tahun ini," kata A Rahim Kasdi.

Pada majlis di Surau Haji Salim, Kampung Gombak Tengah, beliau menyampaikan cek cura bernilai RM2,000 kepada surau berkenaan, Surau Ar-Rasa dan Madrasah Al Zahrah manakala empat surau lagi sudah menerima sumbangan masing-masing.

Beliau yang juga setiausaha politik kawasan Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari turut meluangkan masa bersama jemaah membincangkan isu semasa.

"Antara isu disampaikan termasuklah isu pendaftaran dan status surau, selain permintaan untuk menambah baik dan membaiki kemudahan serta infrastruktur surau masing-masing," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.