ad
PBT

MPKj sedia hadiah RM1,500 peraduan cipta nama lorong Jalan Sulaiman

26 Jan 2024, 10:30 AM
MPKj sedia hadiah RM1,500 peraduan cipta nama lorong Jalan Sulaiman

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 26 JAN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mempelawa individu berminat untuk menyertai peraduan mencipta nama bagi lorong Jalan Sulaiman pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Menurut MPKj pemenang berpeluang meraih wang tunai RM1,500 dan sijil penghargaan dalam pertandingan yang dibuka dari 24 Januari hingga 6 Februari ini.

“Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan dan ia percuma.

“Syarat lain adalah perlu menggunakan Bahasa Melayu sahaja dan nama yang dicipta hendaklah signifikan mengenai sejarah bandar Kajang serta paparan mural yang terdapat pada lorong tersebut,” katanya menerusi Facebook.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan borang penyertaan pada paparan kod QR di poster pertandingan seterusnya emel ke [email protected].

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.