ad
ADN

Pengunjung kawasan air terjun dinasihat waspada ancaman kepala air

7 Dis 2023, 5:20 AM
Pengunjung kawasan air terjun dinasihat waspada ancaman kepala air
Pengunjung kawasan air terjun dinasihat waspada ancaman kepala air

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 7 DIS: Orang ramai yang berkunjung ke kawasan air terjun di Hulu Langat pada musim Monsun Timur Laut dinasihatkan menjaga keselamatan diri bagi mengelak ancaman kepala air.

Ahli Dewan Negeri Dusun Tua berkata setakat ini hanya pusat rekreasi Air Terjun Sungai Tekala tutup sehingga Mac depan manakala Air Terjun Sungai Gabai tidak lagi dibuka akibat banjir buruk dua tahun lalu.

[caption id="attachment_609587" align="alignleft" width="345"] Ahli Dewan Negeri Dusun Tua Datuk Johan Abdul Aziz[/caption]

“Kita memahami bulan ini adalah cuti persekolahan yang mendorong ibu bapa ingin membawa anak-anak bercuti ke pusat rekreasi berdekatan.

“Saya akan meminta Majlis Perbandaran Kajang untuk meletakkan notis langkah keselamatan namun apa yang penting individu juga perlu berhati-hati ketika menjalankan aktiviti riadah seperti mengambil kira faktor cuaca ketika menjalankan aktiviti bersama keluarga,” kata Datuk Johan Abdul Aziz ketika dihubungi.

Beliau turut menasihatkan pengusaha tapak perkelahan persendirian dan pihak berkaitan sentiasa mengawasi situasi di kawasan perkelahan terbabit terutama ketika cuaca buruk.

“Pengusaha dan pengunjung perlu ada sikap berhati-hati ataupun peka dengan keadaan cuaca, keadaan aliran air sungai atau air terjun.

"Jika nampak keadaan cuaca berubah seperti gelap hendak hujan, maka segeralah keluar dari kawasan itu,” katanya lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.