Oleh NAS NORZIELA NASBAH
SHAH ALAM,1 NOV: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menganjurkan pertandingan fotografi dan videografi yang menawarkan hadiah wang tunai hampir RM10,000.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan penyertaan adalah percuma dan pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia bermula 1 November hingga 15 Disember.
Berdasarkan poster dikongsi di Facebook, pertandingan tersebut menyediakan dua kategori fotografi iaitu pemandangan landskap dan gaya hidup manakala videografi pula video tempat pelancongan (genre terbuka).
Hadiah bagi johan pertandingan fotografi adalah RM2,000 berserta sijil penghargaan, tempat kedua (RM1,000) dan ketiga (RM500).
Bagi pertandingan videografi, johan membawa pulang wang tunai RM2,500, tempat kedua RM1,500 dan RM700 (tempat ketiga) berserta sijil penghargaan.
Pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam di talian 03 – 87377899 sambungan 7010 atau emel pertandinganfotografimpkj@gmail.com.
Peserta boleh melayari https://www.facebook.com/pertandinganfotografimpkj untuk mendapat maklumat serta pengumuman pemenang pertandingan.



