ad
BERITA UTAMA

Bantu peniaga, basmi kemiskinan diharap antara agenda utama belanjawan negeri

30 Okt 2023, 2:00 PM
Bantu peniaga, basmi kemiskinan diharap antara agenda utama belanjawan negeri
Bantu peniaga, basmi kemiskinan diharap antara agenda utama belanjawan negeri

SHAH ALAM, 30 OKT: Pemerkasaan program pemberdayaan pekerja dan pembasmian kemiskinan diharap antara agenda utama dalam Belanjawan Selangor 2024 yang akan dibentang bulan depan.

EXCO sumber manusia dan pembasmian kemiskinan berharap program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor turut ditambah baik bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat.

[caption id="attachment_610764" align="aligncenter" width="813"] EXCO Sumber Manusia V Papparaidu pada sidang media sambutan Deepavali 2023 di pejabat EXCO Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 30 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Program yang memberi peralatan kepada peniaga ini wajar diteruskan dan ditambah baik bagi membantu mereka meneruskan dan mengembangkan perniagaan.

“Program lain seperti program Bantuan Peralatan Usahawan India (I-SEED)untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang perniagaan diharapkan dapat diperluas bagi memberdaya golongan ini,” kata V Papparaidu pada sidang media di sini, hari ini.

Papparaidu berkata pihaknya sedang giat mengumpulkan data penduduk miskin tegar di seluruh negeri bagi menambahbaik program pembasmian kemiskinan.

“Kita adakan kerjasama dengan semua pihak termasuk Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) ke arah meningkatkan kualiti hidup kumpulan ini,” katanya.

Sejak 2016 sehingga kini, seramai 3,256 penjaja, peniaga dan individu bekerja sendiri menerima alatan perniagaan menerusi Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor dengan peruntukan RM13.6 juta.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.