ad
AGENSI

Karnival kerjaya diteruskan ke Kuala Langat esok, tawar lebih 4,000 peluang kerja

20 Jun 2025, 4:11 PM
Karnival kerjaya diteruskan ke Kuala Langat esok, tawar lebih 4,000 peluang kerja
Karnival kerjaya diteruskan ke Kuala Langat esok, tawar lebih 4,000 peluang kerja

SHAH ALAM, 20 JUN: Lebih 4,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi Karnival Jelajah Jobcare Selangor peringkat daerah Kuala Langat di Dewan Sri Jugra, Telok Datuk, esok.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berkata karnival berkenaan dianjurkan serentak dengan Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mulai jam 9 pagi hingga 4 petang.

[caption id="attachment_697954" align="aligncenter" width="784"] EXCO Sumber Manusia V Papparaidu ketika wawancara di pejabat Media Selangor, Shah Alam pada 22 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Gabungan dua program utama ini merapatkan hubungan antara rakyat, majikan dan agensi kerajaan, serta memperkukuh ekosistem pembangunan sumber manusia dan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efektif.

“Sebanyak 25 syarikat dan majikan dari pelbagai sektor akan mengambil bahagian, dengan lokasi penempatan pekerjaan adalah 81.6 peratus di Selangor, manakala bakinya di negeri lain,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut Papparaidu, antara syarikat yang turut serta dalam karnival itu adalah POS Aviation Sdn Bhd, Prasarana Malaysia Sdn Bhd, FGV IFFCO Sdn Bhd, Canon Opto (M) Sdn Bhd, dan KL-Kepong Oleomas Sdn Bhd.

Papparaidu berkata, tawaran jawatan dikategorikan mengikut Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) seperti berikut:

  • pembuatan – 27.12 peratus
  • penginapan dan perkhidmatan makanan – 19.31 peratus
  • pengangkutan dan penyimpanan – 18.4 peratus
  • pentadbiran dan khidmat sokongan – 13.15 peratus
  • perdagangan borong dan runcit – 12.67 peratus
  • pendidikan – 9.35 peratus

Wakil rakyat Banting itu turut menggalakkan penduduk tempatan memanfaatkan peluang bertemu secara langsung dengan jabatan Kerajaan Negeri untuk sebarang pertanyaan, aduan atau permohonan bantuan.

“Program dwifungsi seperti ini memberi dampak besar bukan sahaja kepada individu pencari kerja tetapi juga kepada keseluruhan masyarakat setempat kerana ia menyatukan keperluan rakyat dalam satu ruang inklusif dan kondusif,” katanya lagi.

Orang ramai yang berminat diminta membawa dokumen penting seperti resume dan sijil kelayakan serta berpakaian kemas bagi sesi temu duga terbuka.

Karnival Jobcare Selangor seterusnya dijadual berlangsung di enam daerah lagi seperti berikut:

  • Hulu Selangor – 5 Julai (Dewan Merdeka, KKB)
  • Hulu Langat – 19 Julai (Dewan Perbandaran MPAJ)
  • Kuala Selangor – 9 Ogos (Dewan MPKS, Puncak Alam)
  • Klang – 27 September (Dewan Hamzah)
  • Sabak Bernam – 11 Oktober (Dewan Tun Razak)
  • Sepang – 15 November (Dewan Komuniti BBST)

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.