SHAH ALAM, 6 OKT: Seramai 634 peserta Jelajah Jobcare Selangor di enam daerah diterima kerja sejak karnival kerjaya itu berlangsung Jun lalu.
EXCO sumber manusia berkata daripada jumlah itu, 168 peserta memperoleh kerja menerusi karnival kerjaya di Dewan Hamzah, Klang, semalam.
[caption id="attachment_629116" align="aligncenter" width="766"] EXCO Sumber Manusia V Papparaidu mempelawa rakyat Selangor memohon program BikeCare-1000 iaitu bantuan bayaran pendahuluan pembelian motosikal untuk pekerja sehingga 1 Mac ini. Foto Pejabat EXCO Sumber Manusia[/caption]
"Dalam program semalam, sebanyak 30 majikan telah membuka kaunter yang menawarkan 3,748 kekosongan jawatan dengan gaji antara RM1,500 hingga RM8,000.
"Lebih daripada 400 orang telah menghadiri ke program ini dan seramai 168 orang telah berjaya dapat pekerjaan," kata V. Papparaidu dalam kenyataan.
Beliau turut menasihatkan golongan belia terutamanya graduan baru untuk tidak meletakkan had dalam pemilihan pekerjaan.
"Memandangkan kemahiran lebih diutamakan dalam pasaran buruh, para graduan harus menumpukan perhatian kepada menimba pengalaman terlebih dahulu” katanya .
[caption id="attachment_658053" align="aligncenter" width="814"] EXCO Sumber Manusia V Papparaidu Ketika meninjau proses temu duga sempena Karnival Kerjaya Jelajah Jobcare Selangor 2024 di Menara BAC, Petaling Jaya pada 17 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
Sebelum ini, V Papparaidu memaklumkan kira-kira 35,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam Jelajah JobCare Selangor berlangsung di sembilan daerah.
Enam siri jelajah selesai diadakan di Hulu Selangor pada 29 Jun, Petaling Jaya (17 Julai), Kuala Langat (10 Ogos), Hulu Langat (17 Ogos), Gombak (21 September) dan Klang berlangsung hari ini.
Program sama akan diteruskan di Dewan MPKS Puncak Alam, Kuala Selangor (19 Oktober), Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang (16 November) dan Dewan Tun Razak, Sabak Bernam (14 Disember).