ad
BERITA UTAMA

Jelajah JobCare ke sembilan daerah bermula April, tawar lebih 40,000 peluang kerja

28 Feb 2025, 10:00 AM
Jelajah JobCare ke sembilan daerah bermula April, tawar lebih 40,000 peluang kerja
Jelajah JobCare ke sembilan daerah bermula April, tawar lebih 40,000 peluang kerja
Jelajah JobCare ke sembilan daerah bermula April, tawar lebih 40,000 peluang kerja

SHAH ALAM, 28 FEB: Lebih 40,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada orang ramai sempena Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) Selangor di sembilan daerah bermula April, maklum EXCO sumber manusia

V Papparaidu berkata program yang memasuki tahun keempat penganjuran itu menawarkan peluang kerjaya dalam pelbagai sektor termasuk perkhidmatan, pembuatan, pemasaran, kesihatan dan pengangkutan.

[caption id="attachment_683340" align="aligncenter" width="766"] EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu bercakap kepada media ketika majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri kepada pemohon yang berjaya di bawah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel Bagi Tahun 2024 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 22 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Kerajaan Negeri menggalakkan pencari kerja untuk memanfaatkan inisiatif ini bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan bersama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tarikh dan lokasi JobCare di sembilan daerah adalah seperti berikut:

  • Gombak (19 April - Dewan Seri Siantan Selayang)
  • Petaling (24 Mei - Dewan Serbaguna MBPJ SS3)
  • Kuala Langat (21 Jun - Dewan Sri Jugra)
  • Hulu Selangor (5 Julai - Dewan Merdeka KKB)
  • Hulu Langat (19 Julai - Dewan Perbandaran MPAJ)
  • Klang (27 September - Dewan Hamzah)
  • Kuala Selangor (9 Ogos - Dewan MPKS Puncak Alam)
  • Sabak Bernam (11 Oktober - Dewan Tun Razak)
  • Sepang (15 November - Dewan Komuniti BBST)

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Jelajah JobCare, orang ramai boleh menghubungi Ketua Penyelaras Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor Pavithra Mohanadas ditalian 011-3331 1148.

[caption id="attachment_652657" align="aligncenter" width="761"] Orang ramai mengunjungi Karnival Kerjaya Jelajah Jobcare Selangor 2024 di Menara BAC, Petaling Jaya pada 17 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Dalam pada itu, Papparaidu memberitahu Kerajaan Negeri turut berhasrat menganjurkan Karnival Kerjaya Khas untuk golongan rentan, melibatkan 40 syarikat dari sektor awam dan swasta yang menawarkan pelbagai jawatan.

Menurutnya, mereka yang berminat bekerja dalam sektor awam disarankan untuk mendaftar melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di www.spa.gov.my atau melayari portal Kerajaan Negeri Selangor di www.selangor.gov.my

Selain itu, mereka juga boleh mendapatkan perkhidmatan penjodohan pekerjaan yang disediakan Kementerian Sumber Manusia melalui www.myfuturejobs.gov.my

Mula dianjurkan pada 2022, Jelajah JobCare merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi yang hilang pendapatan dampak pascapandemik Covid-19.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.