AGENDA

Hulu Selangor, Klang, Petaling diramal ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

1 Okt 2023, 8:17 AM
Hulu Selangor, Klang, Petaling diramal ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 1 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Hulu Selangor, Klang dan Petaling sehingga 5 petang ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.