PBT

MPSepang: Permohonan baharui lesen niaga dibuka mulai 1 Oktober

14 Sep 2023, 8:20 AM
MPSepang: Permohonan baharui lesen niaga dibuka mulai 1 Oktober
MPSepang: Permohonan baharui lesen niaga dibuka mulai 1 Oktober

SHAH ALAM,14 SEPT: Permohonan membaharui lesen perniagaan di bawah Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) bagi sesi 2024 akan bermula 1 Oktober hingga 31 Disember.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan peniaga boleh melakukannya di kaunter MPSepang atau secara atas talian.

"Notis pembaharuan boleh dibuat menerusi ekl.mpsepang.gov.my atau www.mpsepang.gov.my mulai 1 Oktober nanti.

“Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan ke atas kegagalan memperbaharui lesen perniagaan,” katanya.

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Pelesenan menerusi talian 03-8319 0200 sambungan 256 / 255 / 262.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.