ad
PBT

MPAJ kutip lebih RM600,000 hasil perbaharui lesen niaga

30 Okt 2024, 10:25 AM
MPAJ kutip lebih RM600,000 hasil perbaharui lesen niaga

SHAH ALAM, 30 OKT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengutip RM645,438,60 hasil memperbaharui lesen perniagaan setakat 25 Oktober.

Yang Dipertuanya Dr Ani Ahmad berkata daripada jumlah itu, sebanyak 502 premis perniagaan memperbaharui lesen perniagaan melalui sistem Icomm dengan kutipan hasil sebanyak RM483,279.80.

Manakala 49 premis memperbaharui lesen melalui kaunter dengan hasil sebanyak RM53,888.00, 317 peniaga memperbaharui lesen penjaja dengan hasil sebanyak RM108,270.87.

“Caj denda lewat sebanyak RM360 secara automatik akan dikenakan jika pemegang lesen gagal memperbaharuinya sebelum 31 Disember 2024.

“Sebarang rayuan berkaitan pengecualian denda lewat tidak akan dipertimbangkan dan tindakan penguatkuasaan akan dikena atas kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen MPAJ yang sah,” katanya pada mesyuarat penuh, semalam.

Dalam pada itu, beliau memberitahu MPAJ mengedarkan 9,000 notis hebahan pembaharuan lesen dan usahawan mikro.

“Hebahan dibuat melalui pemasangan kain rentang di kawasan strategik, laman sesawang MPAJ, e-mel, sistem pesanan ringkas (SMS) dan laman media sosial rasmi MPAJ.

“Mulai 2025, pembaharuan lesen premis perniagaan akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem Icomm MPAJ dengan melayari [email protected] bagi lesen - lesen berisiko tinggi, lesen dinamik dan ‘billboard’ tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan,” ujarnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.