Tiga kompaun dikeluarkan MBDK dalam pemeriksaan medan selera

8 Sep 2026, 5:00 AM
Tiga kompaun dikeluarkan MBDK dalam pemeriksaan medan selera

SHAH ALAM, 8 SEPT: Sebanyak tiga kompaun dikeluarkan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dalam operasi pemantauan dan pemeriksaan premis perniagaan di medan selera sekitar Persiaran Raja Muda Musa, Klang, semalam.

MBDK memaklumkan pemeriksaan itu dijalankan Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasa, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Persekitaran bagi memastikan pengusaha mematuhi peraturan serta syarat ditetapkan.

Menurutnya, satu kompaun dikenakan di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (Majlis Perbandaran Klang) 2007.

“Dua kompaun di bawah UUK 7, Undang-Undang Kecil Iklan (Majlis Perbandaran Klang) 2007,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Dalam pada itu, MBDK berkata pihaknya akan terus mempergiat pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan semua pengusaha mematuhi peraturan serta syarat pelesenan yang ditetapkan.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.