ad
SELANGOR

Tiga sungai di Selangor berada pada paras amaran, waspada

6 Sep 2023, 2:56 AM
Tiga sungai di Selangor berada pada paras amaran, waspada

SHAH ALAM, 6 SEPT: Tiga sungai di Selangor dilaporkan berada pada paras amaran dan waspada ekoran hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat jam 9.45 pagi, keadaan semua sungai itu masih terkawal.

Sungai Bernam di Jambatan SKC merekodkan bacaan 18.92 meter (m) melebihi paras waspada berbanding normal iaitu 16.60m.

Selain itu Sungai Bernam di Kampung Sungai Selisek pula mencatatkan melebihi paras waspada dengan bacaan 26.25m berbanding normal pada 23m.

Agensi itu turut merekodkan Sungai Yu 1 berada pada tahap nilai ambang waspada dengan bacaan 1.93m.

Orang ramai boleh merujuk https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air/data-paras-air/?state=SEL&lang=en untuk mengetahui kemas kini aras air sungai di kawasan masing-masing.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.