OLEH DIANA ABD WAHAB
SHAH ALAM, 26 OGOS: Sebanyak 300 Jalur Gemilang diedar kepada penduduk dan murid sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik bagi menyemarak sambutan Kemerdekaan ke-66, Khamis depan.
Wakil rakyatnya Najwan Halimi berkata agihan bendera secara percuma turut dibuat kepada penjaja dan peniaga Pasar Moden Seksyen 6 dan Medan Selera Seksyen 2 di sini, semalam.
[caption id="attachment_599861" align="aligncenter" width="704"]
Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi mengedarkan Jalur Gemilang kepada peniaga di Medan Selera Seksyen 2 Shah Alam pada 25 Ogos 2023. Foto Facebook Najwan Halimi[/caption]
"Tujuan kita menggerakkan inisiatif ini demi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
"Usaha kibar Jalur Gemilang di kediaman, premis perniagaan dan kenderaan masing-masing bukti perpaduan rakyat berbilang kaum yang cintakan Malaysia," katanya yang juga EXCO negeri kepada Selangorkini.
Najwan berkata pihaknya turut mengagihkan lebih 100 bendera kepada penduduk setempat di Stesen Minyak Petronas Bukit Jelutong esok, bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan.
[caption id="attachment_599860" align="alignnone" width="704"]
Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi mengedarkan Jalur Gemilang kepada peniaga di Medan Selera Seksyen 2 Shah Alam pada 25 Ogos 2023. Foto Facebook Najwan Halimi[/caption]


