AGENDA

Amaran hujan lebat, ribut petir di Sabak Bernam, Hulu Langat hingga 5 petang

20 Ogos 2023, 6:57 AM
Amaran hujan lebat, ribut petir di Sabak Bernam, Hulu Langat hingga 5 petang

Oleh Fitri Hazim Hazam

SHAH ALAM, 20 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di lima daerah di Selangor sehingga jam 5 petang ini.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan daerah terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta Kuala Lumpur.

Cuaca sama turut diramal di seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Melaka.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran sama di beberapa bahagian di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.