PBT

MPHS anjur pertandingan pakaian beragam patriotik kanak-kanak Sabtu ini

15 Ogos 2023, 4:29 AM
MPHS anjur pertandingan pakaian beragam patriotik kanak-kanak Sabtu ini
MPHS anjur pertandingan pakaian beragam patriotik kanak-kanak Sabtu ini

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 15 OGOS:  Pertandingan nyanyian dan pakaian beragam patriotik kanak-kanak antara program menarik menanti orang ramai sempena Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Sabtu ini.

Bertempat di Bandar Kuala Kubu Bharu, acara lain yang dijadualkan bermula 7 pagi sehingga 12 tengah hari antaranya pertandingan masakan 14 negeri, penceritaan sejarah Kuala Kubu Bharu dan mencanting batik.

“Turut dianjurkan ialah pertandingan mewarna kanak-kanak, larian Santai Merdeka 3km, senamrobik, kereta berkuda dan melukis muka (face painting).

"Program dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dan cabutan bertuah dan pameran agensi," maklum pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

MPHS memaklumkan program bertemakan bulan kemerdekaan itu turut menyediakan kemeja-T untuk 400 pengunjung terawal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.