ad
ADN

Prestasi cemerlang Kerajaan Negeri pikat pengundi di utara Selangor

10 Ogos 2023, 3:51 AM
Prestasi cemerlang Kerajaan Negeri pikat pengundi di utara Selangor

OLEH NAJAMUDDIN MOHD NOR

SUNGAI BESAR, 9 OGOS: Prestasi baik Kerajaan Selangor dalam menguruskan ekonomi serta menjaga menjaga kebajikan rakyat diyakini mampu memikat hati pengundi di utara negeri.

Mohd Yahya Mat Sahri atau Pak Ya berkata rata-rata penduduk ditemui berpuas hati dengan prestasi negeri di bawah Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang mewujudkan pelbagai inisiatif untuk rakyat di bandar atau luar bandar.

“Rata-rata penduduk mengakui utara negeri semakin pesat membangun yang memberi banyak manfaat kepada rakyat di kawasan ini.

Usaha negeri ini untuk memastikan semua lapisan rakyat merasai nikmat kemajuan. Penduduk di DUN Pematang, Sungai Burong, Sekinchan, Sungai Panjang dan Sabak tidak akan terpinggir,” katanya yang juga calon DUN Ijok.

Beliau berkata pengundi yang ditemuinya turut mengadu kegagalan ahli parlimen pembangkang di Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam memberi khidmat yang baik kepada masyarakat setempat.

“Sebab itu saya beritahu pengundi pilih calon yang sealiran dengan kerajaan pusat bagi memudahkan urusan terutama untuk projek pembangunan dan kemudahan asas,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.